HEM

Bidang Hal-Ehwal Murid di sekolah menggabungkan tenaga dan kemahiran guru dalam bidang-bidang yang berunsur perkhidmatan, perhubungan dan kebajikan seluruh warga SK Damansara Jaya (1).

Unit-unit di bawah Bidang Hal-Ehwal Murid (HEM) memberi khidmat dan layanan yang merangkumi segala aspek kebajikan murid-murid serta sekolah.

Dasar Hal-Ehwal Murid :

  • Disiplin No. 1
  • Semua guru adalah guru disiplin
  • Sistem mentor-mentee dilaksanakan
  • Budaya Senyum, Sapa dan Salam (3S) diamalkan
  • Pengurusan murid menggunakan sistem SSDM / SSM sepenuhnya
  • Penguatkuasaan sistem kawalan keluar masuk kelas
  • Mengamalkan budaya kasih sayang, terima kasih dan budaya integrasi cemerlang pada setiap masa
  • Ganjaran bagi setiap kecemerlangan dan hukumn konstruktif bagi setiap kesalahan
  • Kemudahan aset sekolah adalah tanggungjawab bersama

 

Unit-unit yang terdapat di bawah HEM :

  • Lembaga  Disiplin  dan  Tatatertib
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Kebajikan / KWAPM  Murid
  • Buku Kedatangan Murid / Buku Pendaftaran
  • Kantin  Sekolah
  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT)  dan Projek Susu Sekolah (PSS)
  • Sisteks / SPBT / BOSS
  • Kesihatan / Insuran Murid
  • Data Sistem Maklumat Murid (SMM)
  • Program Bebas Denggi
  • Keselamatan Sekolah
  • Kebersihan dan Keceriaan
  • Data  SSDM
  • Guru  Bertugas Harian