Program Minggu Pendidikan Khas

Tarikh             :           11 – 15 April 2011

Tempat          :           SKDJ1

 Buat julung-julung kalinya SKDJ1 telah menganjurkan Program Minggu Pendidikan Khas pada 11-15 April yang lalu. Majlis perasmian telah diadakan pada 11 April 2011 bersamaan hari Isnin di Dewan SKDJ1 yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En. Yeo Sai Lim. Ibubapa murid pendidikan khas juga dijemput bagi bersama-sama memeriahkan majlis perasmian selain turut sama dalam sesi ceramah pendidikan. Dua orang penceramah telah diundang bagi menyampaikan ceramah iaitu pensyarah Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas (MPIK), Dr. Hj. Abdul Aziz bin Jantan menyampaikan ceramah bertajuk “Pendedahan Tentang Pendidikan Khas” manakala Pegawai Bahagian Orang Kelainan Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pn. Arnewate binti Katirin menyampaikan ceramah bertajuk “Peranan JKM terhadap murid OKU dan keistimewaan pemegang kad OKU”. Pelbagai aktiviti juga telah dijalankan sepanjang Minggu Pendidikan Khas seperti pertandingan mewarna, sukaneka, acara senamrobik, permainan, pertandingan melukis, Pertandingan Bintang Kecil dan lain-lain lagi. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Minggu Pendidikan Khas ini dan semoga program ini akan terus diadakan di masa-masa akan datang.

About these ads